Semakin banyak anggota tentera TNI terlibat jenayah

Semakin banyak anggota tentera TNI terlibat jenayah

JUMLAH anggota tentera Indonesia yang terlibat dalam kegiatan jenayah semakin meningkat sejak kebelakangan ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Yudo Margono meminta semua komandan TNI supaya meningkatkan pengawasan ketat terhadap para anggota tentera.

Hal ini kerana, kes jenayah melibatkan anggota keselamatan negara seperti polis dan tentera dilaporkan semakin meningkat.

“Semua komandan bertanggungjawab mengawasi para anggotanya, terutamanya mereka yang mempunyai masalah disiplin.

“Mereka yang mempunyai kelakukan aneh, sering lambat, bergaya hidup mewah dan selalu menyendiri perlu diperhatikan lebih kerap bagi mengelakkan sebarang perbuatan jenayah berlaku,” katanya.

YUDO MARGONO

Yudo juga menegaskan, peningkatan kes jenayah melibatkan anggota keselamatan sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Katanya, perkara itu secara tidak langsung menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat.

“Masyarakat juga akan melihat anggota keselamatan tidak lagi boleh diharapkan untuk membantu mereka.

“Sehubungan itu, saya ingin tegaskan bahawa tiada seorang pun anggota keselamatan, termasuk TNI akan terlepas daripada pengadilan sekiranya melakukan jenayah.

“Sebagai anggota keselamatan yang menjaga kedaulatan negara, kita mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku, termasuk kesalahan sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yudo turut menggesa polis tentera TNI untuk segera mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota yang terbukti melakukan kekerasan dan penganiayaan kepada masyarakat.

Jelasnya, tindakan itu penting dalam mengawal kepincangan dalam kalangan anggota tentera, sekali gus menjaga nama baik institusi keselamatan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya