Kes bunuh pemimpin Sikh: Kanada, India 'bercakaran'

Kes bunuh pemimpin Sikh: Kanada, India ‘bercakaran’

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau bersalaman dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemimpin masyarakat Sikh yang berasal dari India, sekali gus memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu.

Trudeau yang berada di New Delhi pada awal bulan ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20, memberitahu Prlimen Kanada semalam bahawa beliau membangkitkan isu pembunuhan Hardeep Singh Nijjar pada mesyuarat itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Narendra Modi.

Nijjar, 45, seorang ketua gurdwara ditembak mati pada 18 Jun lalu di bandar Surrey di wilayah British Columbia, selain dia juga merupakan seorang penyokong gerakan oemisah Khalistan.

Sehubungan itu, dia diisytiharkan sebagai ‘pengganas’ di India.

“Sejak beberapa minggu lepas, agensi keselamatan Kanada menyiasat potensi hubungan antara ejen India dan kes pembunuhan Hardeep Singh Nijjar yang merupakan rakyat Kanada.

“Kes itu mencetuskan kebimbangan Kanada dan India, selain dalam mesyuarat G20, saya secara peribadi dan berterus-terang bercakap dengan Modi mengenai hal ini,’ kata Trudeau kepada Dewan Rakyat.

Kes itu mencetuskan bantahan secara meluas dan menyaksikan banyak demonstrasi berlangsung di bandar-bandar utama di Kanada.

Dalam perkembangan sama, kerajaan Kanada turut memecat seorang diplomat terkemuka India berhubung isu berkenaan, Kata Menteri Luar Kanada, Melanie Joly.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk campur tangan asing,” ujarnya.

Diplomat itu, Pavan Kumar Rai adalah ketua agensi perisikan asing, India Research and Analysis Wing (RAW) di Kanada.

Selain itu, Kanada mengumumkan pembatalan misi perdagangan ke India di Mumbai pada bulan depan.

Perkara itu juga disahkan oleh Kementerian Perdagangan India yang menyatakan semua urusan terpaksa dihentikan buat sementara waktu berikutan ketegangan yang berlaku.

Sementara itu, pihak berkuasa India menyifatkan tuduhan Kanada itu sebagai tidak masuk akal, malah turut mengusir Duta Kanada ke India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya