Russia label Anugerah Nobel Keamanan Dmitry sebagai ejen asing

Russia label penerima Anugerah Nobel Keamanan, Dmitry sebagai ejen asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Kehakiman Russia menyenaraikan ketua pengarang akhbar Novaya Gazeta, Dmitry Muratov sebagai ejen asing.

Muratov yang merupakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2021 didakwa `menghasilkan dan mengagihkan kerja dihasilkan ejen asing.

“Beliau didakwa menggunakan media asing untuk mempromosi pendapat yang bertujuan mencetuskan persepsi negatif terhadap dasar dalam dan luar Russia,” jelas Novaya Gazeta Eropah di laman X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Lapor akhbar itu, pakar ekonomi, Konstantin Sonin turut dimasukkan dalam senarai berkenaan.

Akhbar itu memetik kenyataan Kementerian Kehakiman memaklumkan Sonin `muncul dalam media asing sebagai responden’

Dilaporkan, Muratov lantang mengkritik perang Russia di Ukraine.

Sebelum ini, Muratov merangkul Anugerah Nobel Keamanan atas ‘semangat berani’ mempertahankan kebebasan mengeluarkan pandangan di negaranya.

Muratov merupakan pengasas bersama akhbar bebas, Novaya Gazeta dan merupakan ketua pengarang berpengalaman selama 26 tahun.

Beliau selama berdekad mempertahankan kebebasan bersuara di Russia walaupun berdepan situasi yang mencabar di negaranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya