Russia dakwa tembak jatuh beberapa dron di Laut Hitam

Russia dakwa tembak jatuh beberapa dron di Laut Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia memaklumkan pasukan tenteranya berjaya memusnahkan sebuah dron milik Ukraine yang terbang di ruang udara Laut Hitam dan wilayah barat Kursk.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan Russia menerusi aplikasi Telegram.

“Beberapa pesawat tanpa pemandu (UAV) Ukraine berjaya dimusnahkan di Laut Hitam berhampiran Semenanjung Crimea dan di wilayah Kursh oleh pasukan pertahanan udara yang bertugas,” jelasnya.

Menurut kementerian, Ukraine melancarkan `dua unit UAV jenis pesawat’ pada pukul 1:00 pagi (waktu tempatan).

Crimea diserang pada Sabtu lalu apabila Russia memusnahkan tiga dron tentera laut Ukraine yang menyasarkan jambatan yang menghubungkan semenanjung ke tanah besar Russia.

Crimea menjadi sasaran Kyiv sepanjang serangan Ukraine di Moscow namun baru-baru ini mengalami serangan yang lebih sengit.

Wilayah Kursk yang bersempadan dengan Ukraine, turut menjadi sasaran pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Gabenor wilayah mengesahkan pekan Kurchatov diserang dua dron Ukraine sehingga bangunan kediaman dan pentadbiran rosak.

Serangan baharu itu berlaku sehari selepas Ukraine menentang beberapa dron Russia di wilayah selatan Odesa di Laut Hitam, dengan sejumlah melanda pelabuhan Danube. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya