Rumpai laut di Australia Selatan mampu lambatkan kesan penuaan - Utusan Malaysia

Rumpai laut di Australia Selatan mampu lambatkan kesan penuaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Rumpai laut yang hanya ditemui di Australia Selatan dipercayai menyimpan rahsia antipenuaan, menurut kajian baharu yang diterbitkan saintis di Universiti Flinders SA semalam.

Kajian itu mendapati, rumpai laut coklat Australia Selatan mempunyai ciri antipenuaan yang kaya dan boleh melindungi daripada kemerosotan kedua-dua kolagen serta elastin pada manusia.

Pengarang bersama kajian dari Kolej Perubatan dan Kesihatan Awam di Flinders University, Wei Zhang, berkata pihaknya mendapati ekstrak daripada rumpai laut coklat Australia Selatan mempunyai potensi besar digunakan untuk membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit.

“Kolagen bertindak sebagai blok binaan untuk tulang, gigi, otot, kulit, sendi dan tisu penghubung, manakala elastin memberikan kulit keanjalan dan kekuatannya.

“Kedua-dua protein ini adalah popular dan dipromosikan oleh industri kecantikan sebagai penting untuk penampilan kulit yang sihat.

“Penyelidik menilai sifat antipenuaan ekstrak daripada tiga spesies rumpai laut coklat dan mendapati bahawa ia merangsang pertumbuhan kolagen serta menghalang proses glikasi, yang menyebabkan degenerasi kolagen dan elastin,” katanya.

Menurut kajian itu, Australia Selatan mempunyai kepelbagaian rumpai laut tertinggi di dunia dengan sehingga 1,500 spesies yang diketahui, lebih separuh daripadanya adalah endemik di kawasan terbabit.

Institut Rumpai Laut Australia (ASI) meramalkan industri penanaman rumpai laut domestik boleh bernilai 1.5 bilion dolar Australia (AS$963.9 juta) setiap tahun menjelang 2040 dan menggaji 9,000 orang.

“Rumput laut adalah sumber hebat pelbagai bahan bioaktif dengan potensi aplikasi dalam kesihatan semula jadi dan produk penjagaan kulit.

“Penemuan kami akan membantu mengisi jurang pengetahuan dan membangunkan kemajuan rumpai laut coklat secara mampan dalam produk penjagaan kulit topikal dan tambahan,” kata Zhang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya