NEW JERSEY: Ribut Tropika Ophelia melanda sepanjang pantai Atlantik, membawa banjir besar dan gangguan bekalan elektrik di banyak kawasan dari Carolina Utara ke New Jersey.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran hampir 8 juta penduduk di sepanjang pantai Atlantik berada bawah amaran ribut tropika, gelombang ribut dan banjir sehingga malam ini.
“Selepas membadai Emerald Isle, di Carolina Utara sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan), Ophelia bergerak ke pedalaman laluan utara dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.
“Beberapa tempat boleh menyaksikan hujan setinggi 25 sentimeter dan angin berkelajuan 80 kilometer sejam, menyebabkan banjir ribut di bahagian Carolina Utara,” kata badan itu.
Penduduk New York yang tinggal di pangsapuri bawah tanah dan kawasan rendah diarahkan untuk bersiap sedia berpindah ke tempat yang lebih tinggi.
Semua penduduk juga dinasihatkan mengelak memandu kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam selepas puluhan jalan raya dan stesen kereta api bawah tanah terpaksa ditutup akibat dinaiki air.-REUTERS