Ribuan peniaga Pakistan lancar mogok di seluruh negara 

Ribuan peniaga Pakistan lancar mogok di seluruh negara 

SEBAHAGIAN besar kedai ditutup bagi membantah kenaikan bil elektrik dan bahan api di Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Beribu-ribu peniaga di Pakistan bertindak menutup premis perniagaan mereka bagi membantah kenaikan bil elektrik dan bahan api sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati menjelang pilihan raya umum negara itu.

Isu salah urus dan ketidakstabilan yang berlanjutan sejak beberapa dekad menjejaskan ekonomi Pakistan.

Malah, situasi itu turut memaksa Islamabad memeterai perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.  

Bagaimanapun, pemberi pinjaman global itu menuntut agar subsidi popular yang meringankan kos sara hidup, dikurangkan selepas harga petrol dan elektrik melambung tinggi.

Sebahagian besar pasar di Lahore, Karachi dan Peshawar juga ditutup dengan beberapa gerai dipasang sepanduk yang mengecam `kenaikan tidak munasabah’ dalam bil dan cukai elektrik.

Menurut Presiden Kesatuan Peniaga Perbandaran Lahore, Ajmal Hashmi, ramai peniaga menyertai bantahan itu kerana situasi sudah menjadi semakin meruncing.

“Sedikit bantuan harus diberikan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Golongan peniaga dikatakan mempunyai `pengaruh’ yang besar di Pakistan dan menjelang pilihan raya umum akan diadakan beberapa bulan lagi, kerajaan berdepan tugas sukar untuk mengekalkan pentadbiran mereka di samping berpegang kepada langkah penjimatan IMF.

Pakistan dibelenggu oleh pungutan cukai terlalu rendah termasuk daripada peniaga, sehingga menyaksikan hutang asing terkumpul amat besar dan sukar untuk dibayar.

IMF berharap untuk menamatkan pakej penyelamatan atau ‘bailout’ yang menyokong ekonomi negara itu sejak beberapa dekad lalu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakar berkata, rakyat perlu membayar bil tinggi itu kerana ‘tiada pilihan lain’ disediakan.

“Apabila anda memberi subsidi, anda hanya menangguhkan kewajipan fiskal anda ke masa hadapan, berbanding menangani isu itu,” katanya kepada wartawan di Islamabad.

Dilaporkan, kerajaan menaikkan harga petrol melepasi ambang 300 rupee (RM4.55) seliter buat kali pertama.

Kadar pertukaran rupee Pakistan berbanding dolar adalah yang terendah dalam sejarah 76 tahun negara.

Sementara itu, data baharu menunjukkan inflasi tahun ke tahun pada Ogos lalu berada pada 27.4 peratus, dengan bil bahan api kenderaan meningkat lapan peratus pada Julai.

Presiden Kesatuan Peniaga Pasaran Elektronik di Lahore, Babar Mahmood menyatakan bil yang diterima pada bulan ini melebihi pendapatannya.

“Terdapat jurang semakin meningkat antara pendapatan orang awam dan mereka yang memegang jawatan,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya