Republikan tolak RUU pembiayaan perbelanjaan kerajaan

Republikan tolak RUU pembiayaan perbelanjaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penggubal undang-undang Republikan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menolak rang undang-undang yang diusulkan oleh pemimpin mereka untuk membiayai perbelanjaan kerajaan buat sementara waktu.

Langkah itu secara tidak langsung bakal menyebabkan sebahagian agensi Persekutuan AS ditutup mulai esok yang akan memberi kesan buruk.

Rang undang-undang itu mendapat undian 232-198, sekali gus Dewan Perwakilan berjaya mengenepikan cadangan melanjutkan pembiayaan kerajaan selama 30 hari dan gagal mengelakkan penutupan agensi Persekutuan.

Rang undang-undang itu akan mengurangkan dana perbelanjaan dan menyekat keselamatan imigresen, yang dilihat sebagai keutamaan Republikan yang mempunyai peluang tipis untuk meluluskannya di Senat yang majoritinya dikuasai pemimpin Demokrat.

Kekalahan itu menyebabkan Republikan tanpa strategi jelas gagal mengelak penutupan kerajaan yang bakal menjejaskan gaji jutaan penjawat awam.

Senat memajukan rang undang-undang pemberhentian bagi pihak dua parti terbabit untuk pembiayaan kerajaan sehingga 17 November, namun tidak diketahui bila mereka akan mengundi berhubung kelulusannya.

Selepas proses pengundian, Speaker Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy berkata, dewan itu mungkin akan meluluskan lanjutan pembiayaan tanpa dasar konservatif yang mengasingkan Demokrat.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan apa akan berlaku selepas ini.

Dewan perwakilan dijangka mengadakan lebih banyak pengundian.

Kongres masih ada peluang meluluskan pakej perbelanjaan yang boleh ditandatangani sebagai satu undang-undang oleh Presiden AS, Joe Biden sebelum 12:01 tengah malam (waktu tempatan) esok.

Sekiranya gagal dilakukan maka kerajaan Persekutuan AS dijangka berdepan risiko lumpuh. – REUTERS/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya