Rambut remaja lelaki dari India dinobatkan terpanjang di dunia - Utusan Malaysia

Rambut remaja lelaki dari India dinobatkan terpanjang di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang remaja lelaki dari Uttar Pradesh dinobatkan Guinness World Record selepas memiliki rambut terpanjang di dunia, lapor NDTV.

Sidakdeep Singh Chahal, 15, dikatakan tidak pernah memotong rambut sejak kecil dan kini mencecah melebihi 1.2 meter panjang.

Chahal dikatakan mencuci rambutnya dua kali seminggu dan terpaksa menghabiskan masa selama sejam untuk melakukan proses pengeringan dan menyikat.

“Ia akan mengambil masa sehari suntuk jika tidak dibantu ibu saya,” katanya.

Menurut Guinness World Record, kebiasaannya Chahal mengikat rambutnya dalam sanggul dan menutupnya dengan dastar (serban), seperti kebiasaan dipakai lelaki Sikh.

Difahamkan keluarga Chahal dan rakannya adalah orang Sikh dan tidak hairanlah mereka semua memiliki rambut yang panjang.

“Ramai saudara mara saya terkejut melihat betapa panjang rambut yang dilepaskan dari dastar, malah tidak percaya ia dimasukkan dalam Guinness World Record,” katanya.

Chahal menjelaskan bahawa semasa zaman kanak-kanak, dia sering kali diusik rakan-rakan apabila mengeringkan rambut di luar rumah.

“Saya tidak suka rambut diejek orang lain,” katanya sambil menambah untuk tidak bercadang memotongnya kerana menganggap ia sudah menjadi identitinya selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya