Rakyat AS tidak mahu Biden jadi presiden lagi

Rakyat AS tidak mahu Biden jadi presiden lagi

JOE Biden disifatkan terlalu tua untuk menjadi Presiden AS bagi tahun depan, manakala Donald Trump pula dikatakan tidak mempunyai mental yang sihat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebanyak 72 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) menyatakan Presiden Joe Biden tidak cukup sihat untuk bertanding sekali lagi sebagai pemimpin negara itu dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Jika Biden ditolak rakyat AS, bekas Presiden Donald Trump juga menerima nasib yang sama apabila 59 peratus penduduk negara ini menyatakan beliau tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2024.

Hasil tinjauan itu diperoleh beberapa hari selepas akhbar New York Times dan Washington Post menerbitkan artikel yang menyifatkan Biden, 80 tahun sebagai terlalu tua untuk bertanding sekali lagi sebagai presiden negara ini.

Tinjauan itu juga menunjukkan hanya 12 peratus penduduk yang berasa yakin Biden masih mampu meneruskan perjuangannya untuk bergelar Presiden AS pada tahun depan.

Selain itu, sebanyak tujuh peratus penduduk negara ini beranggapan Biden dan Trump mempunyai masalah mental untuk menjadi presiden.

Malah, 64 peratus rakyat AS menyatakan pencalonan semula Biden dan Trump pada tahun depan menunjukkan sistem politik di negara ini sudah ‘rosak’, selain lapan peratus lagi beranggapan kedua-duanya merupakan calon terbaik.

Secara hipotesis, seramai 33 peratus responden yakin Biden akan menamatkan penggal kedua, manakala 55 peratus lagi menyatakan Trump akan hidup sehingga 2029.

Apabila fokus mengenai kecergasan fizikal, kebanyakan responden lebih yakin dengan Trump untuk menjadi presiden walaupun mereka tidak bersetuju dengan idea politiknya.

Hasil tinjauan yang dilakukan CBS News pada bulan lalu juga menunjukkan 77 peratus rakyat AS berasa Biden terlalu tua untuk dipilih sekali lagi sebagai presiden bagi penggal kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya