Putrajaya, AS perlu bincang kepulangan Roger Ng ke Malaysia

Putrajaya, AS perlu bincang kepulangan Roger Ng ke Malaysia

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hakim Mahkamah Daerah Brooklyn, Margo Brodie menangguhkan tarikh serah diri bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng ke penjara dari 6 September kepada 6 Oktober tahun ini.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pasukan pendakwa raya Persekutuan Amerika Syarikat (AS) ‘mencari lebih banyak masa’ untuk berbincang dengan Kuala Lumpur mengenai membenarkan Ng pulang ke Malaysia bagi menjalani perbicaraan.

Terdahulu, kerajaan Malaysia meminta Ng pulang ke tanah air sebelum menjalani hukuman penjara 10 tahun bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pihak berkuasa AS akan memastikan kepulangan Ng ke Malaysia tidak akan menjejaskan pelaksanaan hukumannya di AS, iaitu dia tetap akan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun,” menurut pendakwa raya.

Selain itu, peguam Ng, Marc Agnifilo dilaporkan bersetuju dengan keputusan penangguhan tersebut.

Ng, 51, diekstradisi ke AS pada Mei 2019 untuk berdepan pertuduhan yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berhubung skandal 1MDB.

Pertuduhan itu termasuk Goldman membantu 1MDB meraih AS6.5 bilion (RM27.4 bilion) menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) daripadanya dialihkan kepada pegawai kerajaan, pengurus bank dan sekutunya menerusi rasuah dan sogokan antara 2009 hingga 2015.

Ng disabitkan bersalah pada April tahun lalu kerana didapati bersubahat dengan bekas majikannya di Goldman, Tim Leissner dan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam penyelewengan skandal 1MDB.

DSementara itu, menerusi sesi perbicaraan di mahkamah pada bulan lalu, pendakwa raya Drew Roller berkata, Ng mungkin pulang ke Malaysia untuk menghadapi perbicaraan di sana, sebaik sahaja dia menjalani hukuman penjara di negara ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya