Putin gembira terima kunjungan Jong-un, janji bina satelit untuk Korea Utara - Utusan Malaysia

Putin gembira terima kunjungan Jong-un, janji bina satelit untuk Korea Utara

Presiden Vladimir Putin (kanan) dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un (tengah) melawat Kosmodrom Vostochny di wilayah Amur di timur Russia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menerima kunjungan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan mengadakan rundingan yang dikhuatiri menyaksikan kedua-dua negara menjalin perjanjian senjata walaupun berdepan sekatan global.

Putin berkata, beliau sangat gembira melihat Jong-un selepas rakaman Kremlin menunjukkan pasangan itu berjabat tangan dengan penuh semangat di stesen angkasa Vostochny Cosmodrome di timur Russia.

Tentera Korea Selatan melaporkan, Pyongyang turut melepaskan dua peluru berpandu balistik semasa Jong-un berada di Russia.

“Kami akan bercakap mengenai semua isu tanpa tergesa-gesa. Ada banyak masa,” kata Putin ketika ditanya pemberita sama ada kerjasama ketenteraan akan menjadi agenda perbincangan mereka.

Jong-un yang melakukan perjalanan darat ke Russia menaiki kereta api kalis peluru dengan diiringi rombongan yang mencadangkan sidang kemuncak itu akan mempunyai tumpuan ketenteraan yang kuat.

Jong-un sebelum ini menekankan, pertemuan itu merupakan perjalanan pertamanya ke luar negara selepas pandemik Covid-19 selain menunjukkan usaha Korea Utara dalam mengutamakan kepentingan strategik hubungannya dengan Russia.

Beliau dilaporkan turut mengumumkan akan menjadikan hubungan dua hala dengan Russia sebagai keutamaan nombor satu dasar luar negara itu.

“Kami akan mengutamakan hubungan Korea Utara-Russia dan meletakkannya sebagai keutamaan nombor satu dasar luar kami mulai sekarang,” katanya selepas melawat pusat angkasa Russia bersama Putin.

Dalam pertemuan itu, Putin malah membayangkan Russia boleh membantu Korea Utara membina satelit.

“Sebab itu kami datang ke sini. Pemimpin Korea Utara menunjukkan minat yang tinggi terhadap teknologi roket. Mereka cuba membangunkan program angkasa lepas,” kata Putin.

Pakar meramalkan, Russia berkemungkinan akan menggunakan rundingan itu untuk mendapatkan peluru artileri dan peluru berpandu anti kereta kebal dari Korea Utara.

Korea Utara diketahui mengidamkan satelit canggih dan teknologi kapal selam berkuasa nuklear sebagai balasan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya