Pulau Rempang tidak jadi dikosongkan 28 September

Pulau Rempang tidak jadi dikosongkan 28 September

SEBELUM ini, kerajaan Indonesia meminta semua penduduk Rempang berpindah ke lokasi baharu dengan tarikh akhir diberikan pada 28 September. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan Eco City di kawasan tersebut.

Terdahulu, kerajaan meminta semua penduduk di pulau itu supaya berpindah dan 28 September merupakan tarikh akhir.

Ketua Badan Perusahaan (BP) Batam, M Rudi berkata, ketika ini pasukan data BP Batam masih fokus untuk menyediakan semua kemudahan dan hak penduduk Rempang yang bakal dipindahkan.

“Tarikh 28 September ini bukan tarikh akhir untuk semua penduduk Rempang berpindah. Setakat ini, tiada tarikh khusus ditetapkan untuk berpindah.

“Boleh dikatakan, Rempang tidak akan dikosongkan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Selain itu, Rudi juga memaklumkan, proses pemindahan tersebut diharap berjalan lancar, tanpa sebarang provokasi mahupun paksaan kepada penduduk setempat.

Jelasnya, sehingga 23 September lalu, lebih 200 ketua keluarga sudah bersetuju untuk berpindah ke lokasi baharu yang ditetapkan oleh kerajaan.

Manakala, lebih 400 ketua keluarga membantah untuk berpindah.

Dianggarkan 7,500 penduduk Rempang mungkin kehilangan tinggal selepas kerajaan Indonesia merancang untuk membina kilang kaca dan bandar Eco City yang dimiliki oleh China.

Kilang kaca dan projek Eco City Rempang itu merupakan projek bersama antara Pihak Berkuasa Zon Bebas Batam Indonesia (BP Batam) dan syarikat tempatan, PT Makmur Elok Graha (MEG) dengan kerjasama Xinyi Glass dari China yang merupakan penghasil kaca terbesar dunia.

Xinyi melabur sebanyak AS$11.6 bilion (RM54.4 bilion) untuk kilang kaca dan solar tersebut, manakala Menteri Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia memaklumkan projek itu akan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dan keuntungan AS$26.6 bilion (RM125 bilion) menjelang 2080.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya