Polis selamatkan bayi tercekik di lebuh raya

Polis selamatkan bayi tercekik di lebuh raya

TANGKAP layar rakaman menunjukkan Fraser menepuk belakang badan bayi itu bagi membolehkannya bernafas semula. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANSING: Tindakan pantas seorang anggota polis menyelamatkan bayi berusia lapan bulan yang tercekik dengan memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa di tengah lebuh raya, mendapat pujian orang ramai.  

Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku di Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Ketika kejadian, pegawai Brendan Fraser yang sedang bertugas di Warren, mengesan sebuah kenderaan Camaro dipandu laju melepasi kereta peronda polis di lebuh raya.

Setelah sempat memintas kenderaan itu dan meminta pemandunya berhenti untuk diperiksa, Fraser menyedari keluarga dalam kereta itu mengalami kecemasan.

“Keluarga dalam kereta itu merayu agar mereka dibenarkan membawa bayi mereka yang tercekik, ke hospital.

“Fraser segera membantu mereka dengan memberi pertolongan kecemasan kepada bayi itu sehingga boleh bernafas semula,” jelas laporan itu.       

Rakaman video yang tular menunjukkan Fraser berjaya membuatkan bayi itu bernafas semula dengan memberikan pertolongan kecemasan, selepas mangsa didapati tercekik sampai kebiruan mukanya. 

Dalam video tersebut, Fraser dilihat berulang kali menepuk bahagian belakang badan bayi itu dan cuba mengeluarkan apa yang mencekik bayi.

“Ibu bapa bayi itu pula panik berkerumun sekeliling Fraser dan seorang lagi anggota polis ketika mereka cuba menyelamatkan anak kecil itu sebelum rakaman video itu tamat,” jelas laporan.

Video yang tular dalam media sosial mendapat pujian dan reaksi positif daripada rata-rata warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya