Planet 'seperti bumi' tersembunyi di sistem suria?

Planet ‘seperti bumi’ tersembunyi di sistem suria?

SAINTIS percaya planet `seperti bumi’ wujud di Kuiper Belt. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Beberapa ahli astronomi di Jepun mendakwa sebuah planet baharu yang hampir sama `seperti bumi’ mungkin wujud berhampiran sistem suria.

Lapor Daily Mail, pasukan saintis percaya planet baharu itu bersembunyi di Kuiper Belt yang terletak di kawasan luar orbit Neptune.

Planet dikenali sebagai Kuiper Belt (KBP) dikatakan berada kira-kira 500 unit astronomi dari matahari, iaitu sekitar 500 kali ganda jarak antara bumi dan matahari serta lebih dekat berbanding Planet Nine.

Menurut pakar, saiz KBP adalah tiga kali ganda besarnya seperti bumi. 

Bagaimanapun, kata saintis, suhu di planet baharu itu berkemungkinan terlalu sejuk untuk mengekalkan kehidupan.

Kajian itu dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Kindai di Osaka, Patryk Sofia Lykawka dan pakar di Balai Cerap Astronomi Negara Jepun, Takashi Ito.

“Kami meramalkan kewujudan satu lagi planet seperti bumi berhampiran sistem suria kita.

“Ia munasabah planet purba boleh berada di Kupier Belt yang jauh memandangkan banyak planet sedemikian wujud dalam sistem suria sebelum ini,” jelas mereka dalam satu kertas kajian.

Kertas kajian itu diterbitkan dalam The Astronomical Journal.

Tambah pasukan saintis itu, mereka hanya meramalkan planet Kuiper Belt mungkin wujud kerana lebih banyak lagi penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan kewujudannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya