Piano milik penyanyi kumpulan Queen, Freddie Mercury dilelong RM10 juta - Utusan Malaysia

Piano milik penyanyi kumpulan Queen, Freddie Mercury dilelong RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Piano yang digunakan penyanyi kumpulan Queen, Freddie Mercury, bagi menggubah hampir kesemua lagunya serta manuskrip asal ‘Bohemian Rhapsody’ telah dilelong di London pada Rabu.
Piano buatan Yamaha itu dijual pada harga 1.74 juta pound (RM10.16 juta) manakala manuskrip ‘Bohemian Rhapsody’ mencecah 1.38 juta pound (RM8.06 juta).

Barangan tersebut antara lebih 1,400 memorabilia Mercury yang dilelong di Sotheby’s.

Antara barangan yang pertama dijual termasuk pintu rumahnya di Garden Lodge, West London yang dilelong pada harga 412,750 pound (RM2.4 juta).

Menurut pegawai Sotheby’s, Oliver Barker, manuskrip ‘Bohemian Rhapsody’ mengandungi 15 muka surat dalam catatan menggunakan pensel dan pen.

Tajuk asal lagu tersebut iaitu ‘Mongolian Rhapsody’ turut tertera.

Mercury membeli piano berkenaan pada tahun 1975 selepas pencarian enam bulan bagi mendapatkan alat ideal untuk menggubah lagunya.

Seramai 2,000 pembida dari 61 negara mendaftar diri dalam lelongan berkenaan.

Sebahagian daripada keuntungan jualan itu akan didermakan kepada Badan Kebajikan Mercury Phoenix dan Yayasan AIDS Elton John yang terlibat dalam usaha memerangi AIDS.

Lelongan akan diteruskan secara dalam talian minggu hadapan.

Barangan peribadi Mercury lain, termasuk lukisan dari Chagall, Dali, Picasso dan James Jacques Joseph Tissot, turut akan dilelong.

Kesemua koleksi tersebut dijual oleh bekas tunang Mercury, Mary Austin yang telah diwariskan hartanya.

Austin percaya Mercury, yang meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat AIDS, akan mempersetujui lelongan barangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya