LONDON: Seorang petani Britain berjaya menanam timun terbesar di dunia dengan berat mencecah 13.6 kilogram (kg).
Vince Sjodin, 50, mempamerkan sayuran gergasi sepanjang 1.3 meter itu di Kejohanan Sayuran Gergasi Kebangsaan United Kingdom (UK) di Malvern, Worcestershire.
Sjodin berjaya memecahkan rekod timun terbesar seberat 10.4kg yang ditanam oleh seorang lagi warga Britain, David Thomas pada 2015.
Kejayaan itu dicapai dua tahun selepas dia menanam labu siam terbesar dunia dengan berat menakjubkan mencecah 102kg.
Sjodin berkata, sayur-sayurannya mampu mencapai saiz yang besar kerana formula rahsia dibantu udara segar di kawasan kediamannya di Barry di selatan Wales.
“Ia satu pencapaian yang hebat. Timun ini ditanam dalam buaian dan jaring khas yang saya reka untuk membantu menampung beratnya.
“Cuaca lembap dan perubahan suhu menjelang pertandingan hampir mengganggu berat timun, namun syukur cara penyimpanan yang baik membantu saya meraikan kejayaan kedua saya,” katanya.