Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal di India, penerbangan ditangguhkan - Utusan Malaysia

Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal di India, penerbangan ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Penerbangan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau terpaksa ditangguhkan pada petang Ahad selepas pesawatnya mengalami masalah teknikal.

Trudeau dan delegasinya dijadual berlepas dari New Delhi pada 8 malam waktu tempatan selepas menghadiri sidang kemuncak G20 selama dua hari.

“Setelah sampai di lapangan terbang, kami dimaklumkan oleh Angkatan Bersenjata Kanada bahawa CFC001 mengalami masalah teknikal.

“Isu ini tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata, delegasi kami akan berada di India sehingga langkah alternatif dibuat. Kami memohon maaf atas kesulitan ini,” menurut pejabat Perdana Menteri kepada media.

Trudeau bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di luar Sidang Kemuncak G20 semalam.

Perdana menteri Kanada tiba di New Delhi pada petang Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya