NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberitahu para pemimpin dunia bahawa ketagihan manusia terhadap bahan api fosil telah merosakkan alam sekitar.
Guterres berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat iklim yang tidak dihadiri China dan Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua negara itu dianggap sebagai penyumbang utama pencemaran dunia.
Meskipun dengan kejadian cuaca melampau yang semakin meningkat dan peningkatan suhu global yang belum pernah berlaku sebelum ini, pelepasan gas rumah hijau terus meningkat.
Situasi itu berlaku sedangkan kebanyakan syarikat minyak dan gas mengaut untung yang lumayan.
Justeru, Guterres menyifatkan Sidang Puncak Iklim sebagai persidangan di mana para pemimpin atau menteri kabinet akan mengumumkan tindakan-tindakan khusus yang menunjukkan komitmen mereka di bawah Perjanjian Paris.
Selain itu, Guterres turut meletakkan sasaran untuk mengelakkan malapetaka iklim jangka panjang.
Ini termasuk menghadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius, membina dunia dengan udara yang bersih, pekerjaan-pekerjaan hijau dan tenaga bersih yang dimampui untuk semua.