Perkhidmatan KCJB pantas, tidak terasa bergegar

Kereta Api Cepat Jakarta-Bandung pantas, tidak terasa bergegar

PENUMPANG berswafoto ketika menaiki KCJB dari stesen Halim.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Sejumlah penduduk teruja mengikuti ujian perjalanan operasi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung.

Fasa pertama ujian Kereta Api Cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bertolak dari Stesen Halim di Jakarta Timur memberi keutamaan kepada komuniti yang terjejas akibat projek pembangunannya untuk mencuba tren laju itu.

Salah seorang daripada mereka ialah Umi, 50, warga Kompleks Halim Trikora yang mengakui perkhidmatan tersebut sangat luar biasa.

“Wah, memang sangat selesa, tenang dan menyenangkan. Tak terasa bergegar dan luar biasa.

“Apapun, testimoni naik KCJB memang pantas!” katanya ketika tiba di Stesen Tegalluar, Bandung

Perkara sama turut disampaikan oleh Suyatmi, 46, yang berkata, perjalanan KCJB terasa lancar.

Suyatmi malah berharap KCJB menjadi pengangkutan yang selamat dan selesa selepas beroperasi secara rasmi untuk orang ramai.

“Saya tidak merasakan gegaran itu, ia lembut, hanya sekali sahaja terasa sedikit hentakan.

“Selebihnya tidak mengapa, harap-harap tiada apa-apa berlaku dan operasi akan kekal baik pada masa hadapan,” kata Suyatmi.

Selain Umi dan Suyatmi, seramai 91 penduduk dari sembilan perkampungan di Trikora turut berpeluang menikmati perjalanan percuma dalam sesi ujian tersebut.

Wartawan Kompas.com yang turut serta dalam ujian berkenaan melaporkan, perjalanan di dalam kereta api sangat lancar tanpa kejutan atau getaran yang besar. 

“Semuanya terasa selesa, sehingga tidak terasa sudah sampai di Stesen Tegalluar dan Cileunyi, Bandung,” jelas laporan itu.

Setiausaha Korporat PT KCIC, Eva Chairunisa sebelum ini berkata, terdapat empat perjalanan berjadual pergi dan balik dari stesen Halim ke Tegalluar setiap hari.

Sekitar 2,200 tempat duduk disediakan secara percuma kepada penduduk dan proses ujian perjalanan itu akan diteruskan sehingga 30 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya