Perancis 'mengalah', arah tentera, duta keluar dari Niger

Perancis ‘mengalah’, arah tentera, duta keluar dari Niger

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron memaklumkan negaranya akan memanggil pulang duta dan pasukan anggota tenteranya yang berada di Niger.

Tindakan itu susulan rampasan kuasa Julai lalu yang menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum yang dipilih secara demokrasi.

“Perancis memutuskan untuk memanggil balik duta negaranya dari Niger.

“Dalam tempoh beberapa jam, duta dan beberapa diplomat kami akan pulang semula ke Perancis,” katanya dalam wawancara disiarkan di televisyen.

Macron sekali lagi mengulangi pendirian Perancis bahawa Mohamed Bazoum ditahan sebagai `tebusan’ dan masih kekal sebagai `satu-satunya pihak berkuasa yang sah’ di negara itu.

“Beliau menjadi sasaran rampasan kuasa ini kerana melakukan reformasi yang berani, malah terdapat sebahagian besar pendudukan etnik dan banyak pengecut,” katanya.

Menurut Macron, kerjasama ketenteraan sudah `berakhir’ dan seramai 1,500 tentera Perancis yang ditempatkan di negara itu akan pulang dalam tempoh beberapa bulan dan minggu akan datang, dengan pengunduran penuh `menjelang akhir tahun’.

Pengunduran itu berlaku selepas berdepan tekanan selama beberapa minggu daripada tentera dan siri demonstrasi.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ribuan orang mengadakan protes di ibu negara Niamey termasuk di luar pangkalan tentera yang menempatkan askar Perancis.

Sementara itu, pemerintah baharu Niger yang sebelum ini menuntut Perancis keluar selepas Macron enggan mengiktiraf rampasan kuasa 26 Julai lalu, menyambut baik pengumuman Presiden Perancis itu.

“Kami meraikan langkah baharu ke arah kedaulatan Niger. Ini adalah detik bersejarah yang menggambarkan keazaman dan kehendak rakyat Nigeria,” katanya dalam satu kenyataan dibacakan di televisyen.

Perkembangan itu berlaku ketika tentera Perancis juga diminta untuk meninggalkan bekas jajahannya, Mali dan Burkina Faso. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya