Penyakit jantung penyebab utama kematian di Indonesia

Penyakit jantung penyebab utama kematian di Indonesia

TANGKAP layar Eva Susanti menghadiri sidang akhbar Hari Jantung Sedunia 2023 menerusi dalam talian di Jakarta. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyakit kardiovaskular atau dikenali sebagai penyakit jantung dilaporkan masih kekal menjadi penyebab utama kematian di Indonesia.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit di Kementerian Kesihatan Indonesia, Eva Susanti pada sidang akhbar Hari Jantung Sedunia 2023 yang dihadiri menerusi dalam talian.   

“Punca kematian tertinggi di republik ini disebabkan oleh penyakit strok iaitu 19.42 peratus, manakala penyakit jantung iskemik (serangan jantung) merekodkan sebanyak 14.38 peratus,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua penyakit jantung itu bukan sahaja menjadi kebimbangan di negara ini, malah di peringkat global.

“Di peringkat global, penyakit jantung iskemik merekodkan sebanyak 16.17 peratus kematian manakala penyakit strok pula mencatatkan 11.59 peratus,” ujarnya.  

Selain itu, kata Eva, antara faktor risiko yang menyebabkan penyakit kardiovaskular terdiri daripada tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah tinggi, merokok dan obesiti.

Katanya, kesemua itu menduduki senarai lima faktor risiko teratas yang menyebabkan penyakit demikian di Indonesia.  

Menurut Eva, pada tahun lalu, terdapat penambahan dalam jumlah pembiayaan untuk penyakit katastropik iaitu sebanyak 24.06 trilion rupiah (RM7.31 bilion).

“Kedua-dua jenis penyakit kardiovaskular ini mendapat pembiayaan terbesar di Jaminan Kesehatan Nasional (JKN) dengan jumlah 15.37 trilion rupiah (RM4.67 bilion),” katanya.

Di samping itu, Eva turut mendedahkan hanya tiga daripada 10 penghidap penyakit tidak berjangkit dapat dikesan.

“Manakala selebihnya tidak mengetahui bahawa mereka sakit kerana penyakit tidak berjangkit tidak menunjukkan gejala dan tanda sehingga komplikasi berlaku,” katanya. – AGENSI     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya