Pengasas kripto Turkiye dihukum penjara 11,196 tahun - Utusan Malaysia

Pengasas kripto Turkiye dihukum penjara 11,196 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pengasas Thodex, platform tukaran mata wang kripto Turkiye yang melarikan diri ke Albania serta dua lagi adik-beradiknya, masing-masing dihukum penjara selama 11,196 tahun.

Agensi berita Anadolu melaporkan, pendakwa raya pada awalnya meminta mahkamah menjatuhi hukuman penjara sehingga 40,562 tahun kepada pengasas Thodex, Faruk Fatih Ozer, berhubung kesalahan pengubahan wang haram, penipuan dan menubuhkan organisasi jenayah.

Dua lagi adik-beradiknya, Serap dan Guven, dijatuhi hukuman sama pada prosiding Khamis lalu.

Ozer dilaporkan melarikan diri pada April 2021 bersama aset pelabur bernilai AS$2 bilion.

Pendakwa raya memaklumkan, Ozer memindahkan 250 juta lira atau RM43.5 juta dalam aset pengguna ke tiga akaun rahsia ketika melarikan diri.

Sebahagian besar wang itu berada di Bank Malta.

Tiga beradik itu didakwa secara keseluruhannya menyebabkan pelanggan kerugian 356 juta lira atau RM62 juta.

Kes itu menjadi tajuk utama berita tempatan susulan ledakan mata wang kripto di Turkiye.

Warga Turkiye dilihat mula beralih kepada mata wang kripto ekoran kejatuhan nilai lira.

Ozer ditahan di Albania tahun lalu melalui waran tangkap polis antarabangsa (Interpol).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya