Penduduk Flores Timur diminta tidak makan nasi setiap Jumaat

Penduduk Flores Timur diminta tidak makan nasi setiap Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORES TIMUR: Pihak berkuasa Flores Timur, Nusa Tenggara Timur meminta penduduk supaya tidak makan nasi setiap hari Jumaat.

Langkah itu diambil bagi mengatasi krisis bekalan makanan akibat ancaman kemarau yang berpanjangan.

Pemangku Ketua Daerah Flores Timur, Doris Alexander Rihi berkata, perkara itu dimaklumkan kepada umum menerusi satu surat edaran mengenai langkah tersebut yang dinamakan ‘Nona Sari Setia’.

Katanya, surat tersebut diedarkan kepada semua ketua daerah, ketua kampung dan pihak berkaitan di seluruh Flores Timur.

“Setiap hari Jumaat, penduduk di Flores Timur digalakkan untuk tidak makan nasi dan mencari makanan alternatif yang boleh mengenyangkan.

“Kita mempunyai pelbagai sumber lain yang boleh menggantikan nasi, yang juga berkhasiat dan enak.

“Pihak berkuasa tempatan juga akan berusaha memastikan langkah ini dapat diteruskan, sekali gus memastikan bekalan makanan kita sentiasa mencukupi, biarpun sewaktu diancam bencana alam,” katanya.

Doris memaklumkan, langkah tersebut secara tidak langsung boleh memberi peluang kepada masyarakat untuk menyediakan bekalan alternatif sumber karbohidrat yang lain.

Ujarnya, langkah itu boleh menggerakkan sektor ekonomi masyarakat setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya