Pelakon Netflix jadi calon Naib Presiden Taiwan - Utusan Malaysia

Pelakon Netflix jadi calon Naib Presiden Taiwan

TERRY Gou dan Tammy Lai mengumumkan mereka sebagai calon bebas untuk merebut jawatan presiden dan naib presiden Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Hartawan Taiwan, Terry Gou mengumumkan pelakon Netflix, Tammy Lai akan berganding bahu sebagai pasangannya dalam menghadapi pilihan raya negara itu tahun depan.

Pengasas syarikat pembekal Apple, Foxconn itu berkata, pelakon wanita veteran berusia 60 tahun itu akan bertanding sebagai calon Naib Presiden Taiwan.

Gou, pada bulan lalu mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas.

Menerusi sidang akhbar semalam, Gou menggambarkan Lai sebagai ‘seorang penulis yang cemerlang dan berpengetahuan luas’.

“Kami tidak mempunyai beban politik dan kami sangat prihatin dengan keperluan rakyat,” jelas Gou.

Lai pula dalam reaksinya berkata, selama ini pengetahuannya mengenai politik agak terbatas namun, perkara itu boleh diubah.

“Selepas beberapa kali bertemu dengan Gou, saya lihat beliau adalah seseorang yang boleh saya bekerjasama kerana beliau sangat menarik”, ujarnya.

Lai sebelum ini pernah memegang watak sebagai calon presiden dalam drama popular Taiwan di saluran Netflix “Wave Makers” yang disiarkan awal tahun ini.

Dalam drama berkenaan karakter lakonanya diinspirasikan berdasarkan kisah Presiden Tsai Ing-wen.

Menurut peraturan pilihan raya Taiwan, Gou perlu mendapatkan 300,000 tanda tangan pengundi menjelang 2 November depan untuk melayakkan diri sebagai calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan menyemak semua tanda tangan itu dan mengumumkan keputusannya pada 14 November depan.

Gou meletakkan jawatan sebagai peneraju Foxconn pada 2019 sementara pada bulan ini pula beliau mengumumkan pengundurannya sebagai anggota lembaga pengarah syarikat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya