Pelajar Malaysia di Norway bukan mengintip, disyaki terlibat jenayah ekonomi terancang

Pelajar Malaysia di Norway bukan mengintip, disyaki terlibat jenayah ekonomi terancang

SEORANG pelajar Malaysia ditahan selepas kenderaannya berada berhampiran pejabat Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr dengan isyarat elektronik luar biasa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Oslo pada awal bulan ini kerana memiliki alat pendengaran elektronik tidak lagi disyaki melakukan pengintipan, tetapi mungkin terlibat dalam jenayah ekonomi.

Menurut pasukan penyiasat Norway, pelajar lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 8 September lalu di Oslo selepas kereta sewanya dikesan berada berhampiran pejabat perdana menteri dan kementerian pertahanan serta pada masa sama, terdapat isyarat elektronik luar biasa dikesan di lokasi berkenaan.

Kes tersebut kemudiannya dikendalikan oleh agensi perisikan PST kerana mereka mengesyaki pelajar tersebut melakukan pengintipan.

Namun, hasil siasatan mendapati pelajar itu sebenarnya tidak terlibat dalam jenayah pengintipan secara haram, sebaliknya mungkin melakukan jenayah ekonomi terancang.

“Hipotesis kami mendapati pelajar itu tidak terlibat dalam pengintipan haram, tetapi jenayah ekonomi terancang,” tulis PST dalam platform X, kelmarin.

Sehubungan itu, kes berkenaan diserahkan pula kepada unit jenayah ekonomi dan alam sekitar polis Norway yang dikenali sebagai Okokrim.

Menurut jabatan itu, pelajar berkenaan dipercayai terlibat dalam penipuan yang mempunyai kaitan dengan jenayah terancang, mungkin juga mempunyai hubungan antarabangsa.

Ketika ditahan, pelajar itu dipercayai menggunakan ‘Imsi-catcher’ iaitu sejeis alat curi dengar telefon yang digunakan untuk memintas trafik telefon bimbit dan menjejak data lokasi.

Dalam pada itu, peguam pelajar tersebut memaklumkan, anak guamnya sejak awal menolak tuduhan dia melakukan pengintipan haram.

Ketika ditahan, polis merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Pihak berkuasa negara itu mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terbabit dalam kes itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya