Paderi Afrika ‘kebal’ dalam sangkar singa - Utusan Malaysia

Paderi Afrika ‘kebal’ dalam sangkar singa

TANGKAP layar video menunjukkan Pastor Daniel duduk di dalam kandang singa di Nigeria.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Rakaman video menunjukkan seorang paderi Afrika memasuki sangkar singa di zoo dan mengusik haiwan berkenaan untuk menayangkan ‘kekebalannya’, tular di media sosial baru-baru ini.

Video yang dimuat naik di laman Instagram @mufasatundeednut itu menunjukkan seorang lelaki memakai sut biru bermain dengan tiga ekor singa di bawah pengawasan beberapa orang di luar sangkar tersebut.

Lelaki yang dikenali sebagai Pastor Daniel dipercayai melakukan aksi berani itu untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia berada di bawah perlindungan Tuhan.

Dia juga cuba menunjukkan bahawa tiada insiden berbahaya yang akan berlaku kepadanya walaupun dikelilingi oleh sekumpulan singa.

Paderi yang berani itu juga dilihat menampar wajah singa berkenaan dan membiarkan seekor lagi haiwan itu menggigit tangannya.

Lapor Oddity Central, paderi evangelis di Afrika kerap mempamerkan cara yang aneh dan berbahaya untuk meyakinkan penduduk bahawa mereka benar-benar diberkati oleh Tuhan atau mempunyai kuasa yang bukan dimiliki oleh manusia biasa.

Bagaimanapun cara yang ditayangkan Pastor Daniel mendapat kecaman ramai warganet yang tidak begitu kagum dengan usaha itu.

Ramai yang menganggap cara tersebut terlalu berbahaya dan boleh memberi fahaman salah kepada masyarakat.

“Orang seperti ini hanya akan menjadikan agama kelihatan seperti jenaka,” kata seorang warga net.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya