Nick Carter disaman lakukan gangguan seksual 

Nick Carter disaman lakukan gangguan seksual  

NICK CARTER 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Anggota kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter menghadapi tindakan saman atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian berlaku kira-kira dua dekad lalu.

Ia merupakan saman ketiga seumpamanya yang difailkan terhadap penyanyi berusia 43 tahun dari kumpulan muzik popular itu.

Bagaimanapun, Carter menafikan dakwaan berkenaan.

Memetik laporan The Los Angeles Times, dokumen setebal 10 muka surat difailkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai `A.R’ di Las Vegas pada Isnin lalu.

A.R. mendakwa Carter melakukan gangguan seksual beberapa kali pada tahun 2003 termasuk ketika berada di kapal layar dan menaiki bas persiaran selepas memberikannya minuman keras.

Malah, A.R. turut mendakwa penyanyi itu menjangkitinya dengan virus papilloma manusia (HPV) semasa melakukan tiga gangguan seksual di Florida.

Wanita itu mendakwa Carter `secara sengaja memberikannya alkohol dan dadah’ sebelum melakukan gangguan seksual walaupun dia berulang kali sudah meminta penyanyi itu berhenti berbuat demikian.

Pada Disember tahun lalu, wanita bernama Shannon `Shay’ Ruth mendakwa Carter merogolnya dalam bas persiaran ketika dia berusia 17 tahun manakala penyanyi itu berumur 21 tahun.  

April lalu, bekas ahli kumpulan Dream, Melissa Schuman menuduh Carter pernah menyerangnya secara seksual pada tahun 2002.

Carter menafikan tuduhan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wanita itu kerana memfitnahnya.  

Sementara itu, peguam mewakili Carter, Dale Hayes Jr. menerusi satu kenyataan menyifatkan dakwaan terbaharu itu tidak munasabah.

“Wanita yang sama pada mulanya menuduh Carter dalam siasatan jenayah di Florida, lokasi kejadian dikatakan berlaku dan Pennsylvania, tempat tinggal A.R. pada tahun 2003,” jelas kenyataan itu.  

Tambah kenyataan itu, pihak berkuasa enggan memfailkan tuduhan terhadap Carter pada tahun berikutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya