New York umum Tahun Baharu Cina 2024 sebagai cuti sekolah - Utusan Malaysia

New York umum Tahun Baharu Cina 2024 sebagai cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu, lapor Xinhua.

Perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu.

“Dengan menetapkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah rasmi, kami mengambil langkah penting dalam mengiktiraf kepentingan komuniti AAPI New York dan kepelbagaian yang kaya yang menjadikan New York begitu hebat,” menurut Hochul dalam satu kenyataan, merujuk kepada komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

“Ia bukan hanya hari cuti sekolah – ia adalah peluang untuk anak-anak kita belajar dan meraikan budaya dan tradisi mereka sendiri atau yang berbeza,” tambahnya.
Pada 2015, Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan Tahun Baru Cina sebagai cuti sekolah umum rasmi di New York City.

Awal tahun ini, Dewan Senat negeri meluluskan langkah yang membolehkan pelajar di kampus universiti menyambut Tahun Baru Cina tanpa dikenakan penalti.

Tahun Baru Cina seterusnya akan jatuh pada 10 Februari 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya