Nenek usia 92 tahun pergi sekolah buat kali pertama untuk belajar membaca, menulis - Utusan Malaysia

Nenek usia 92 tahun pergi sekolah buat kali pertama untuk belajar membaca, menulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCKNOW: Seorang warga emas di negeri Uttar Pradesh, India pergi ke sekolah buat kali pertama dalam hidupnya demi merealisasikan impiannya untuk pandai menulis dan membaca.

Media tempatan melaporkan, kisah Salima Khan yang berusia 92 tahun telah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk melakukan perkara sama.

Salima dilahirkan pada 1931 dan berkahwin pada usia 14 tahun iaitu dua tahun sebelum berakhirnya pemerintahan kolonial British di India.

Nenek berasal dari Bulandshahr itu menjelaskan bahawa tiada sekolah di kawasan kampungnya ketika usia remajanya menyebabkan dia tercicir dalam pelajaran.

Difahamkan, Salima telah mengikuti sesi persekolahan bersama ‘rakan sekelas’ yang lapan dekad lebih muda daripadanya.

Kisahnya muncul selepas video dia mengira dari satu hingga 100 tular di media sosial.

“Oleh kerana saya tidak dapat mengira wang kertas, cucu selalu mengambil kesempatan dengan meminta wang saku lebih.

“Tetapi hari-hari itu sudah berlalu,” kata Salima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya