Nenek kahwin remaja 16 tahun meninggal dunia akibat sakit tua - Utusan Malaysia

Nenek kahwin remaja 16 tahun meninggal dunia akibat sakit tua

SLAMET dan Rohaya berkahwin pada 2017 ketika masing-masing berusia 16 dan 71 tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA SELATAN: Seorang wanita warga emas yang pernah tular kerana berkahwin dengan remaja lelaki berusia 16 tahun sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua kelmarin.

Warga emas yang dikenali sebagai Rohaya, 77, itu berasal dari Ogan Komering Ulu Selatan dan kisahnya berkahwin dengan Slamet mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ketika berkahwin pada 2017, usia Rohaya adalah 71 tahun, manakala Slamet pula 16 tahun dengan jarak umur 55 tahun.

Jurucakap Desa Karang Endah, Bambang Siswoyo memaklumkan, wanita tersebut meninggal dunia pada waktua siang kelmarin.

Katanya, sebelum meninggal dunia, Rohaya sering sakit akibat usianya yang sudah lanjut.

“Pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, Rohaya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.

“Selepas dimandikan dan dikafan, jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran,” kata Bambang.

Menurut seorang penduduk, Endah, Slamet suami Rohaya amat sedih dengan pemergian wanita warga emas itu.

Katanya, biarpun jarak usia jauh, Slamet tetap setia dan menyayangi isterinya sehingga akhir hayat.

Dalam pada itu, Slamet memberitahu dia berusaha merawat isterinya selama tiga bulan sebelum wanita itu meninggal dunia.

“Saya bersama ahli keluarga menjaga Rohaya sehingga akhir hayatnya. Rasa sedih ini sukar diungkapkan dan saya juga belum fikir untuk buat apa selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya