Nelayan, penduduk Jepun fail saman henti pelepasan air sisa radioaktif - Utusan Malaysia

Nelayan, penduduk Jepun fail saman henti pelepasan air sisa radioaktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seramai 151 penduduk di Jepun termasuk pekerja perikanan di wilayah Fukushima memfailkan saman bagi menghentikan pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi.

Dalam saman yang dikemukakan terhadap kerajaan Jepun dan pengendali loji nuklear TEPCO, plaintif mendakwa pelepasan itu melanggar hak menangkap ikan dan mengancam hak pengguna untuk hidup aman.

Walaupun mendapat tentangan hebat dari dalam dan luar negara, Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif Fukushima ke Lautan Pasifik pada 24 Ogos lalu.

Tindakan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ramai nelayan mengenai mata pencarian mereka.

“Plaintif menuntut pembatalan permit keselamatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear untuk pelepasan air sisa dan penghentian pelepasan.

“Lautan adalah sumber awam dan adalah tidak beretika bagi syarikat untuk membuang air kumbahan ke dalamnya.,” kata Peguam, Kenjiro Kitamura.

Kerajaan dan TEPCO berkata, air terawat memenuhi paras yang boleh dilepaskan secara sah dan dicairkan lagi ratusan kali ganda ebelum dilepaskan ke laut.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya