Misteri bangunan tak bertingkap di AS - Utusan Malaysia

Misteri bangunan tak bertingkap di AS

BANGUNAN pencakar langit tidak bertingkap yang mencetus pelbagai misteri di 33 Thomas Street di New York.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dengan bangunan pencakar langit misteri setinggi 40 tingkat yang dibina di New York lebih 40 tahun lalu.

Bangunan tertutup yang disifatkan menyeramkan dan seolah seperti kediaman rahsia itu sering mencetuskan tanda tanya orang ramai yang lalu di sekelilingnya.

Menara konkrit yang tidak mempunyai sebarang tingkap itu menyebabkan ramai pengguna media sosial membuat pelbagai spekulasi dan teori aneh tentang apa yang tersembunyi di sebaliknya.

Terdapat warga net yang mendakwa bangunan itu menjadi kediaman warga ‘pontianak’ kerana tidak bertingkap dan ada juga yang mengatakan lokasi itu menjadi ibu pejabat misi organisasi rahsia pemantau makhluk asing seperti filem Men in Black.

Setiap tahun, imej dan video bangunan itu diedarkan semula di media sosial malah pernah mendapat perhatian bintang Hollywood, Tom Hanks yang menyifatkannya bangunan paling menakutkan pernah dilihat.

Lapor Daily Mail, bangunan yang terletak di 33 Thomas Street di New York itu turut dikenali sebagai Bangunan Long Lines.

Binaan aneh itu direka bentuk dan dibina antara tahun 1969 dan 1974 untuk menempatkan peralatan pensuisan telefon dan telegraf selain menjadi hab telekomunikasi terpenting di AS.

Sejak syarikat telekomunikasi berpindah pada 1999, bangunan itu dikatakan masih digunakan untuk tujuan tersebut oleh syarikat baharu, malah terdapat laporan ia digunakan sebagai pusat data keselamatan namun apa sebenarnya yang berada di dalam bangunan itu masih kekal misteri sehingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya