Miliki ketinggian 1.87 meter, Tommy lembu tertinggi di dunia

Miliki ketinggian 1.87 meter, Tommy lembu tertinggi di dunia

TOMMY bersama Fred Balawender di kandangnya di bandar Cheshire di Massachusetts.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Seekor lembu baka Brown Swiss di Massachusetts dinobatkan sebagai lembu tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness.

Lembu besar yang dipanggil Tommy berusia 13 tahun itu tinggal di hartanah di bandar Cheshire di Berkshire County sejak berusia sehari selepas diselamatkan daripada lelongan di sebuah ladang tenusu.

Baka Brown Swiss diketahui sangat besar, tetapi pemiliknya, pasangan anak beranak Fred dan Laurie Balawender tidak menyangka Tommy terus membesar sehingga mencapai ketinggian 1.87 meter kini.

Tommy dilaporkan memakan 13 kilogram (kg) bijirin kering, lebih 34kg jerami dan 150 liter air setiap hari malah haiwan itu juga menggemari epal, tetapi snek paling disukainya adalah roti kayu manis.

“Kami menyediakan kandang khas yang luas untuk keselesaan Tommy. Orang ramai benar-benar terkejut apabila melihatnya. Walaupun saiznya besar, Tommy digambarkan sebagai gergasi yang lembut dan manja.

“Tommy juga sukakan kanak-kanak, dan sering menundukkan kepalanya ke bawah untuk dibelai setiap kali mereka datang melawat.

“Tommy juga mempunyai personaliti yang sangat nakal dan gemar menggunakan tanduknya untuk menarik engsel pintu pagar apabila dia bersedia untuk keluar,” kata Laurie kepada The Sun.

Sebelum ini baka Holstein Friesan dari Australia bernama Knickers memegang gelaran itu pada ketinggian 1.93 meter dengan berat 1.4 tan namun dilaporkan mati pada tahun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya