Menteri Pertahanan China tidak hilang, disiasat kerana rasuah

Menteri Pertahanan China tidak hilang, disiasat kerana rasuah

LI SHANGFU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Spekulasi mengenai nasib Menteri Pertahanan China, Jeneral Li Shangfu yang didakwa ‘hilang’ sejak lebih dua minggu lalu akhirnya terjawab apabila beberapa laporan mendedahkan beliau kini dalam siasatan.

Pendedahan itu muncul selepas berlaku beberapa perubahan dalam kepemimpinan tentera China berhubung dakwaan rasuah, baru-baru ini.

Kehilangan Shangfu selama beberapa minggu mencetuskan tanda tanya pelbagai pihak, selain menimbulkan keraguan mengenai masa depan politiknya.

Menurut laporan Financial Times memetik kenyataan pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin, Shangfu yang kali terakhir dilihat dalam khalayak ramai pada akhir Ogos lalu mungkin berdepan masalah sehingga beliau perlu disiasat oleh kerajaan China dan jawatannya dilucutkan.

Laporan kemudiannya menyebut pemimpin pertahanan itu disiasat berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan aset ketenteraan.

Shangfu berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Aset Tentera dari 2017 hingga 2022 dan dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Mac lalu.

Menurut satu hantaran menerusi saluran WeChat, jabatan itu pada Julai lalu sedang menjalankan siasatan terhadap pelanggaran peraturan perolehan peralatan dan menyeru orang ramai untuk menyerahkan maklumat mengenai aktiviti sedemikian, yang dikatakan berlaku sejak Oktober 2017.

Persoalan mengenai status Li sebelum ini dibangkitkan susulan pertemuan yang dijadualkan bersama pegawai Singapura dan Vietnam, dibatalkan.

Khamis lalu, Reuters melaporkan mesyuarat tahunan membabitkan Shangfu mengenai pertahanan sempadan yang sepatutnya diadakan dengan pegawai Vietnam seminggu lalu ditangguhkan kerana menteri itu dikatakan berdepan masalah kesihatan.

Kehilangan Shangfu turut disusuli beberapa keputusan mengejut dalam Tentera Pembebasan Rakyat China, yang menurut pemerhati, sedang menjalani proses ‘pembersihan’.

Namun, ia menimbulkan persoalan mengenai kestabilan politik China di bawah pimpinan Presidennya, Xi Jinping, kerana Shangfu dilucutkan jawatannya begitu cepat selepas Menteri Luar, Qin Gang, dipecat Julai lalu selepas sebulan ‘hilang’, kononnya kerana skandal dengan seorang wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya