Lelaki Uganda kahwini tujuh kekasih serentak, mahu miliki ramai anak - Utusan Malaysia

Lelaki Uganda kahwini tujuh kekasih serentak, mahu miliki ramai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Seorang lelaki Uganda dianggap paling beruntung apabila mengahwini tujuh kekasihnya secara serentak pada minggu ini dan bertekad untuk memiliki anak ramai.

Kisah perkahwinannya tular di platform media sosial di mana ramai netizen ‘kagum’ dengan ‘kehandalan’ lelaki itu memikat tujuh wanita untuk dijadikan isteri.

Habib Nsikonnene, 43, seorang pakar perubatan tradisional telah menghantar kereta untuk menjemput isteri-isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan mereka berlangsung.

Perarakan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.

Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.

“Saya kenal tujuh isteri saya ini secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekaligus untuk menjadi keluarga besar,” katanya.

Bapa Habib mendedahkan bahawa poligami adalah sah di Uganda dan lelaki di sini mempunyai ramai isteri.

Katanya, datuknya mempunyai enam isteri manakala bapanya lima isteri dan dia sendiri mempunyai empat isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya