Lelaki pijak al-Quran depan kedutaan Turkiye di New York - Utusan Malaysia

Lelaki pijak al-Quran depan kedutaan Turkiye di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang individu tidak dikenali bertindak melemparkan senaskhah al-Quran ke tanah sebelum menyepak kitab suci umat Islam itu di luar pekarangan kedutaan Turkiye di New York.

Lapor Agensi Anadolu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.46 pagi (waktu tempatan) semalam melibatkan naskah al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris.

Kakitangan keselamatan Turkish House dilaporkan segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Video tular di media sosial turut menunjukkan dengan jelas aksi seorang lelaki melempar buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit mengatakan ‘Ini al-Quran’.

Insiden pembakaran al-Quran di Sweden dan Denmark atas alasan kebebasan bersuara baru-baru ini mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya