Lelaki mengaku salah rakam aksi seks jijik dengan anjing - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku salah rakam aksi seks jijik dengan anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang pakar buaya Australia didakwa kerana menyeksa dan melakukan hubungan seks dengan anjing sebelum membunuh haiwan itu sejak beberapa tahun lalu, malah turut merakamkan banyak aksi sadis itu.

News Corp Australia melaporkan, Adam Robert Corden Britton, 52, mengaku salah di Mahkamah Agung Wilayah Utara pada Isnin lalu atas 60 pertuduhan berkaitan bersikap binatang dan memiliki, mengakses serta menghantar bahan pencabulan kanak-kanak.

Identitinya sebelum ini tidak didedahkan kerana pihak pendakwa percaya sifat jahat jenayahnya boleh mengancam haknya untuk perbicaraan yang adil.

Perlakuan jenayahnya itu mendorong ketua hakim negara meminta pegawai keselamatan supaya keluar dari bilik mahkamah ketika fakta sedang direkodkan, atas alasan mahu mengelakkan mereka daripada mendengar butiran terperinci lagi grafik perbuatan Britton yang mungkin mengganggu emosi.

“Fakta mengandungi bahan menggambarkan perbuatan yang hanya boleh digambarkan sebagai penyelewengan dan kekejaman yang mengerikan.

“Kedua-duanya, pada penilaian saya, berpotensi menyebabkan kejutan” kata Hakim Michael Grant di mahkamah, Isnin lalu.

Seorang pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa Britton mendera anjingnya secara seksual sejak 2014 dan menyifatkannya sebagai seseorang memiliki minat seksual yang sadis terhadap haiwan.

Dia didakwa atas perbuatan yang dilakukan antara November 2020 dan April 2022, di mana dalam tempoh itu dia memperoleh 42 anjing daripada pemilik menerusi pentas Gumtree.

Dia dilaporkan berjanji kepada pemiliknya, yang kebanyakannya melepaskan haiwan peliharaan dengan berat hati kerana tuntutan kerja atau komitmen perjalanan, tetapi dijanji bahawa anjing itu akan dijaga dengan baik.

Dia turut menghantar foto anjing yang diambil kepada pemilik asalnya, sebelum mula menyeksa haiwan berkenaan.

Pendakwa raya berkata, suspek kemudiannya akan ‘merogol’ anak-anak anjing itu di dalam ‘bilik penyeksaan’ di di McMinns Lagoon, sebuah kawasan di pinggir bandar di Darwin.

Bilik itu adalah sebuah kontena perkapalan yang diubah suai, dilengkapi dengan peralatan penggambaran, yang dilaporkan digunakannya untuk menyebarkan video perbuatannya dalam talian dan berkongsi butiran ‘kiraan pembunuhan’.

Dalam satu mesej dalam talian yang dihantar ke kumpulan sembang di aplikasi mesej Telegram, Britton berkata, “Saya cuba memendam perasaan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya melepaskan perasaan, dan sekarang saya tidak boleh berhenti. Saya tidak mahu berhenti”.

Dia ditangkap pada April 2022 apabila video dia mendera anjing dihantar kepada kumpulan kebajikan haiwan di Wilayah Utara dan polis tempatan.

Polis mendapati, dia memiliki 15 fail bahan penderaan kanak-kanak yang diperolehnya dalam talian, termasuk kandungan yang membabitkan kanak-kanak kecil.

Britton, yang berkelulusan PhD dalam bidang zoologi, adalah pakar buaya terkemuka di Darwin dan rakan penyelidikan kanan di Universiti Charles Darwin.

Dia pernah menjadi pengacara kepada ahli biologi dan penyiar British terkenal David Attenborough, yang memaparkan buaya peliharaan Britton, Smaug dalam dokumentari BBC.

Tiada dakwaan bahawa Britton telah mencabuli haiwan reptilia di bawah peliharaannya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya