Lelaki Malaysia dipenjara 18 bulan di AS selepas cuba seludup 219kg sumbu badak - Utusan Malaysia

Lelaki Malaysia dipenjara 18 bulan di AS selepas cuba seludup 219kg sumbu badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki rakyat Malaysia, Teo Boon Ching dipenjara selama 18 bulan di Amerika Syarikat (AS) selepas didapati bersalah menyeludup ratusan kilogram sumbu badak.

Boon Ching, 58, yang juga dikenali dengan nama gelaran ‘Godfather’ ditahan di Thailand sebelum diekstadisi ke AS.

Lelaki itu ditahan dalam satu operasi selepas dia cuba menyeludup sekurang-kurangnya 219 kilogram sumbu badak yang spesiesnya hampir pupus di Afrika.

Selain dipenjara, Boon Ching juga dikenakan denda selepas mengaku bersalah kelmarin.

“Pemerdagangan hidupan liar adalah ancaman serius kepada sumber asli dan warisan ekologi yang dikongsi oleh masyarakat di seluruh dunia,” kata Peguam AS bagi Daerah New York Selatan, Damian Williams.

Boon Ching yang juga dikenali sebagai Zhang mula mendapat perhatian pihak berkuasa pada 2015 apabila dia ditahan di Thailand berserta 135 kilogram gading gajah.

Pihak berkuasa AS memaklumkan, lelaki itu berkemungkinan sudah terlibat dalam kegiatan jenayah itu selama dua dekad.

Boon Ching dikatakan mempunyai ‘banyak hubungan dengan pelbagai pihak’ sehingga kegiatannya gagal dikesan pihak berkuasa.

Lelaki itu disifatkan sebagai ‘individu keenam’ paling dikehendaki dalam jenayah pemerdagangan hidupan liar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya