Lelaki ditahan cuba rentas Laut Atlantik guna ‘roda hamster’

Lelaki ditahan cuba rentas Laut Atlantik guna ‘roda hamster’

ALAT pelampung seakan roda hamster buatan sendiri yang digunaka Reza Baluchi untuk merentas laut di Florida.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pengembara warga Iran ditahan pihak berkuasa selepas cuba menyeberangi Lautan Atlantik dari Florida ke Britain dengan menggunakan alat pelampung buatan sendiri yang berbentuk seakan permainan roda hamster.

Reza Baluchi, 51, ditahan ketika dalam perjalanan di Pulau Tybee, Georgia, selepas tiga hari bertelagah dengan pengawal pantai Amerika Syarikat (AS).

REZA BALUCHI

Lelaki yang tinggal di Florida itu cuba melakukan perjalanan sejauh 5000 batu nautika di atas pelampung khas yang berputar menggunakan tenaganya sendiri.

Alat itu dibuat daripada gelung logam dengan roda dayung di kedua-dua sisi yang terapung untuk membolehkan ia berlayar melintasi ombak.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Flagler, pada 26 Ogos lalu Pengawal Pantai AS Valiant berjaya memintas lelaki itu tetapi dia didakwa mengancam akan membunuh diri menggunakan pisau dan bom yang dibawanya jika sesiapa cuba menangkapnya.

Selepas dua hari, Reza akhirnya mengakui tiada bom dalam roda hamsternya dan bersetuju menyerah diri sehari kemudian.

Reza dibawa ke darat pada 1 September lalu dan menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah Daerah di Florida kerana melakukan pelayaran yang tidak selamat dan melanggar perintah Kapten Pelabuhan.

Lelaki yang sering menyertai larian ketahanan amal itu dilaporkan pernah membuat percubaan menggunakan alat pelampung serupa untuk mengembara merentasi lautan pada 2014, 2016 dan 2021 namun kesemuanya berjaya dipintas oleh pengawal pantai.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya