Lelaki didakwa lemas selepas guna aplikasi Google Maps

Lelaki didakwa lemas selepas guna aplikasi Google Maps

KEADAAN jambatan yang dilalui kenderaan dipandu Philip dalam kejadian September 2022 sehingga menyebabkannya jatuh ke dalam sungai serta lemas. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORTH CAROLINA: Keluarga seorang lelaki yang lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai mendakwa anak mereka maut kerana aplikasi Google gagal mengemas kini sistem petanya.

Keluarga Philip Paxson menyaman Google berhubung insiden tersebut dengan mendakwa aplikasi itu gagal menunjukkan terdapat jambatan runtuh sejak sembilan tahun lalu di jalan yang dilalui Philip.

Philip maut dalam kejadian pada September 2022 selepas cuba memandu di jambatan yang sebahagiannya runtuh di Hickory, North Carolina.

Dalam pada itu, jurucakap Google memaklumkan syarikat itu akan meneliti dakwaan tersebut.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Philip berhubung insiden yang berlaku,” katanya.

Kes itu juga difailkan di mahkamah sivil di Wake County, kelmarin.

Philip yang merupakan bapa kepada dua anak memandu ke rumah selepas menghadiri majlis hari jadi anaknya di rumah kawannya.

Lelaki itu dipercayai tidak biasa dengan jalan di sekitar kawasan tersebut dan menggunakan peta Google sebagai panduan.

“Philip gunakan Google Maps untuk mencari jalan pulang ke rumahnya, namun dia tidak pernah sampai ke rumah tersebut.

“Philip memandu dalam keadaan gelap dan hujan lebat, selain terus mengikuti Google Maps serta melalui jambatan itu sebelum keretanta terjunam ke dalam sungai dan lemas,” jelas peguam keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya