MOSCOW: Seorang lelaki dari Moscow membuat laporan polis terhadap seorang wanita kerana enggan berkongsi membayar harga makanan yang dinikmati ketika janji temu pertama mereka.
Lelaki berusia 28 tahun itu memberitahu polis dia mengenali seorang wanita dalam talian beberapa minggu sebelum itu dan memutuskan untuk bertemu dan makan bersama.
Mereka memilih kafe di Mira Avenue di Moscow dan jemu janji itu dikatakan kelihatan berjalan lancar sehingga pelayan tiba membawa bil.
Lelaki itu mencadangkan agar mereka membahagikan kos secara sama rata tetapi wanita berkenaan enggan berbuat demikian, mendakwa dia tidak memesan semua makanan dan minuman itu.
Wanita itu mendakwa lelaki berkenaan yang memilih hidangan tersebut dan dia harus membayar bil berkenaan.
Selepas bertengkar mengenainya selama beberapa minit, wanita itu dilaporkan berjalan keluar dari kafe, meninggalkan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut kemudian membayar sendiri hidangan ketika janji temu itu yang berjumlah 16,000 rubel (RM775).
Lapor Oddity Central, akibat geram, lelaki berkenaan terus memfailkan aduan berhubung insiden tersebut dan polis Russia kini dilaporkan sedang mencari wanita itu.