Lelaki bina bunker mewah kalis serangan nuklear

Lelaki bina bunker mewah kalis serangan nuklear

KOLAM renang yang dibina dalam bunker mewah itu membantu individu kekal cergas semasa kiamat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOPEKA: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) membina sebuah tempat perlindungan bawah tanah atau bunker yang dianggap bukan sekadar bunker biasa.

Bunker mewah yang terletak di Kansas itu dikatakan membantu penduduk menjalani kehidupan dengan selesa ketika pelbagai ancaman berpotensi memusnahkan dunia berlaku.

Larry Hall yang merupakan bekas kontraktor kerajaan AS, membina bunker dikenali sebagai Survival Condo.

RUMAH bawah tanah setinggi 15 tingkat dilengkapi dengan pelbagai fasiliti mewah yang mampu menempatkan seramai 75 penghuni. – AGENSI

Malah, bunker tersebut dikatakan kalis terhadap serangan nuklear secara langsung dan konkrit bertetulang itu mampu menahan kelajuan angin sehingga 804.6 kilometer sejam (km/j).

“Projek ini mempunyai kelebihan tersendiri yang membenarkan mana-mana individu memiliki pangkalan peluru berpandu, tahap perlindungan tinggi terhadap nuklear serta ciri-ciri kondo mewah.

Di sebalik pintu keluli seberat lapan tan itu, terdapat rumah bawah tanah setinggi 15 tingkat dilengkapi dengan pelbagai fasiliti mewah yang mampu menempatkan seramai 75 penghuni dan boleh bertahan hidup di dalamnya untuk tempoh lima tahun.

Fasiliti itu termasuk sebuah kolam renang, sauna dan bilik wap, perpustakaan, bilik darjah, gim, tembok panjat, arked dan pawagam untuk menghiburkan penduduk.

Kawasan lapang berada di tingkat atas manakala unit perumahan individu terletak di aras bawah.

Terdapat juga kawasan akuaponik yang membolehkan penduduk menanam buah-buahan dan sayuran segar.

Ada juga kemudahan lain seperti kedai makanan, ubat dan kuarters untuk memastikan penduduk selamat dan selesa sepanjang menginap di bunker itu.

Selain itu, bunker berkenaan juga dilengkapi dengan senjata api, pistol dan peralatan diperlukan sekiranya penghuni perlu melawan penceroboh.

Bunker itu pada asalnya merupakan sebuah silo pelancar peluru berpandu lama kerajaan AS Perang Dingin dan dibina pada awal tahun 60-an dengan kos AS$15 juta (RM69.9 juta).

Bunker itu merupakan satu daripada 72 struktur yang dibina untuk melindungi kepala peledak nuklear 100 kali lebih kuat berbanding bom yang dijatuhkan di Nagasaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya