Lebih 42,500 pelarian Nagorno-Karabakh tiba di Armenia - Utusan Malaysia

Lebih 42,500 pelarian Nagorno-Karabakh tiba di Armenia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEREVAN: Lebih 42,500 pelarian tiba dari Nagorno-Karabakh sejak serangan di Azerbaijan memuncak minggu lalu, lapor kerajaan Armenia.

Azerbaijan membuka satu-satunya jalan menuju ke Armenia sejak Ahad lalu, empat hari selepas kumpulan pemberontak bersetuju melucutkan senjata di bawah syarat perjanjian gencatan senjata yang meletakkan wilayah yang dipertikaikan itu kembali di bawah kawalan Baku.

Azerbaijan memaklumkan bahawa 192 tenteranya dan seorang orang awam maut dalam serangan minggu lalu terhadap pemisah etnik Armenia di kawasan Nagorno-Karabakh.

Kementerian Kesihatan Azerbaijan berkata, lebih 500 tentera Azerbaijan turut cedera dalam operasi sehari yang berakhir dengan ikrar pemberontak untuk melucutkan senjata.

Jumlah kematian akibat serangan itu kini dilaporkan berjumlah lebih 400 orang.

Pemisah Armenia dan pegawai Azerbaijan kini membincangkan perpaduan semula rantau itu menerusi rundingan yang dikendalikan oleh Russia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya