Lebih 2,500 migran maut, hilang di Laut Mediterranean

Lebih 2,500 migran maut, hilang di Laut Mediterranean

BOT digunakan oleh migran untuk menyeberangi laut Mediterranean, ditinggalkan di pantai Lampedusa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lebih 2,500 pendatang asing dilaporkan maut atau hilang ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah setakat ini pada tahun 2023.

Statistik itu didedahkan oleh seorang pegawai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).

“Setakat 24 September lalu, lebih 2,5000 migran dilaporkan sudah meninggal dunia atau hilang pada tahun ini,” kata Pengarah Pejabat UNHCR New York, Ruven Menikdiwela memberitahu kepada Majlis Keselamatan, baru-baru ini.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding 1,680 migran yang dilaporkan maut atau hilang dalam tempoh sama pada tahun 2022.

“Beberapa migran juga meninggal dunia di darat, jauh dari perhatian umum.

“Perjalanan darat dari negara sub-Sahara Afrika, yang mana kebanyakan pendatang asing berasal, ke tempat berlepas di pantai Tunisia dan Libya kekal sebagai destinasi paling berbahaya di dunia.

“Migran dan pelarian berisiko berdepan kematian dan pencabulan hak asasi manusia yang teruk,” katanya.

Secara keseluruhan, kira-kira 186,000 pendatang asing tiba melalui laluan laut di selatan Eropah dari Januari hingga 24 September.

Kebanyakan kumpulan pendatang asing itu tiba di Itali, Greece, Sepanyol, Cyprus dan Malta.

Lebih 130,000 migran tiba di Itali, menunjukkan peningkatan sebanyak 83 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2022. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya