Krisis kos sara hidup UK tingkat kematian awal

Krisis kos sara hidup UK tingkat kematian awal

ORANG ramai mengambil kesempatan bersantai berdekatan Tower Bridge di tengah London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendakwa krisis kos sara hidup yang didorong inflasi di United Kingdom (UK), dijangka meningkatkan risiko kematian serta  meluaskan jurang kekayaan dan kesihatan dengan ketara.

Kajian itu disiarkan di jurnal BMJ Public Health yang boleh diakses awam. 

Pemodelan yang dijalankan untuk kajian itu meramalkan individu yang berisiko `mati sebelum waktunya’ membabitkan umur di bawah 75 tahun, akan meningkat hampir 6.5 peratus disebabkan oleh kos sara hidup tinggi yang berterusan.

Kajian itu juga meramalkan bahawa golongan isi rumah yang paling kurang berkemampuan berisiko mengalami peningkatan empat kali ganda kematian berbanding golongan kaya.

Ia menyebabkan golongan miskin terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk kemudahan tenaga, yang kosnya kini meningkat.

Pasukan penyelidik mengkaji impak inflasi ke atas kadar kematian di Scotland pada tahun 2022-2023, dengan dan tanpa langkah bantuan seperti sokongan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos isi rumah.

Data yang dikumpul kemudian digunakan sebagai model masa depan mengenai jangka hayat dan ketidaksamaan untuk UK secara keseluruhan sekiranya dasar pengurangan berbeza dilaksanakan.

Tanpa sebarang langkah mitigasi, model itu mendapati inflasi mampu meningkatkan kematian sebanyak lima peratus di kawasan sederhana tahap kurang berkemampuan, dan sebanyak 23 peratus di kawasan paling kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, risiko kematian itu boleh turun kepada dua peratus di kawasan sederhana tahap kurang berkemampuan dan lapan peratus di kawasan paling kurang berkemampuan dengan adanya mitigasi dengan kadar keseluruhan sekitar 6.5 peratus.

Tambah laporan itu, jangka hayat keseluruhan juga akan menurun dalam setiap kes. 

“Analisis kami menyumbang bukti bahawa ekonomi penting untuk kesihatan penduduk.

“Kesan kematian akibat inflasi dan pengurangan pendapatan yang berkemungkinan besar dan negatif, menandakan ketidaksamaan ketara dihadapi mereka.

“Tindak balas dasar awam yang dilaksanakan tidak mencukupi untuk melindungi kesihatan dan menangani ketidaksamaan yang semakin meluas,” katanya.

Inflasi UK merosot pada Ogos lalu kepada 6.7 peratus daripada paras tertinggi 11.1 peratus, namun ia kekal tinggi dalam negara G7 yang didorong oleh sekatan akibat Covid-19, Brexit dan perang di Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya