KYIV: Ukraine mendakwa puluhan individu termasuk komander kanan tentera laut Russia terbunuh atau cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke atas ibu pejabat Armada Laut Hitam Moscow di pelabuhan Sevastopol sehari sebelumnya.
Tentera Ukraine menyerang ibu pejabat itu semalam sehingga mencetuskan kebakaran besar.
Menurut tentera Ukraine, maklumat mengenai serangan itu akan didedahkan secepat mungkin.
Jelasnya, serangan itu mengakibatkan puluhan orang maut dan cedera termasuk komander kanan armada.
Tambahnya, serangan itu berlaku ketika mesyuarat kepimpinan tentera laut Russia sedang berlangsung.
Ketua perisikan Kyiv, Kyrylo Budanov menerusi komen kepada Voice of America mendakwa serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk jeneral terbunuh.
Budanove enggan menyatakan sama ada peluru berpandu buatan Barat digunakan dalam serangan tersebut.
Sementara itu, Russia memaklumkan seorang anggota tenteranya tidak dapat dikesan selepas serangan tersebut.
Kyiv berikrar untuk merampas semula Crimea yang dilampirkan oleh Moscow pada 2014. – AFP