Kelawar berpotensi jadi penawar kanser?

Kelawar berpotensi jadi penawar kanser?

KELAWAR mempunyai gen unik yang menjadikannya imun dengan kanser. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kelawar sering dikaitkan dengan bawaan pelbagai penyakit berbahaya kepada manusia, termasuk Covid-19.

Namun, pandangan dunia terhadap haiwan itu mungkin berubah apabila ia dikatakan mempunyai ‘rahsia untuk mengubati penyakit kanser‘.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pasukan penyelidik menemukan sejumlah spesies kelawar yang mempunyai lebih 50 gen unik yang mungkin menjadikan haiwan itu imun dengan tumor.

Kelawar sering menjadi perhatian para saintis berhubung keunikannya yang boleh hidup dengan pelbagai virus yang membawa maut, selain menyebabkan haiwan lain dan manusia jatuh sakit.

Penyelidik berharap kajian tersebut dapat memahami lebih lanjut mengenai sistem imun kelawar, sekali gus mencari penawar penyakit kanser.

Jurucakap penyelidik di Makmal Cold Spring Harbor di New York, Armin Scheben berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kelawar menunjukkan haiwan itu mempunyai gen anyikanser, sekali gus menjadi jawapan mengapa kelawar boleh tahan dengan kebanyakan virus maut.

“Kajian kami mengenal pasti beberapa gen yang berupaya menyekat pertumbuhan tumor yang menjalani perubahan genetik dalam kelawar.

“Keupayaan itu meningkatkan daya tahan kelawar daripada kanser secara lebih baik berbanding haiwan mamalia yang lain, termasuk manusia.

“Penemuan kami adalah langkah pertama ke arah membangunkan terapeutik antikanser yang diinspirasikan daripada kelawar untuk mencegah dan merawat kanser pada manusia,” katanya.

Kebanyakan haiwan boleh menghidap kanser dan mati dalam tempoh pendek, namun bagi kelawar, hia mampu hidup lama dan amat jarang mempunyai kanser.

Dalam kajian tersebut, para saintis menganalisis set gen lengkap dua jenis kelawar iaitu kelawar buah Jamaica dan kelawar Mesoamerican.

Mereka menemukan penyesuaian genetik dalam 46 protein berkaitan kanser, selain penyesuaian genetik berkaitan pemulihan DNA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya