LONDON: Polis Britain menyerbu sebuah kelas yoga di bahagian tengah England selepas orang awam melihat beberapa orang terbaring di lantai lalu membuat aduan mengenai ‘pembunuhan beramai-ramai’.
Pasukan polis bergegas ke lokasi dengan memasang alat penggera pada kenderaan masing-masing dan sebaik sahaja tiba, rupa-rupanya orang yang dikatakan terbaring itu merupakan ahli kelas yoga.
The Seaside Cafe yang bertempat di dalam Balai Cerap North Sea di Gereja St Leonards menyatakan seorang individu menghubungi polis pada malam kelmarin kerana rasa bimbang.
“Jika sesiapa mendengar tentang bunyi riuh rendah alat penggera polis di kawasan Gereja St Leonards pada pukul 9.30 malam semalam maka anda boleh bertenang,” menurut satu catan di Facebook.
“Polis sedang dalam perjalanan ke Balai Cerap itu setelah seseorang membuat aduan mengenai insiden pembunuhan beramai-ramai dalam bangunan kami, setelah melihat beberapa orang terbaring di lantai…mereka rupanya ahli kelas yoga sahaja”.
Kafe tersebut sering menganjurkan sesi-sesi kelas yoga pada sebelah malam.
“Kami bukan sebahagian daripada mana-mana kelab amalan pendewaan atau kelab gila,” tambahnya.
Polis Lincolnshire kemudian mengesahkan bahawa panggilan yang dibuat adalah ‘dengan niat yang baik’.