Kebakaran di Gunung Bromo masih belum dapat dipadamkan - Utusan Malaysia

Kebakaran di Gunung Bromo masih belum dapat dipadamkan

PASUKAN bomba memadamkan kebakaran yang berlaku di sekitar Gunung Bromo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari memaklumkan, kebakaran hutan dan tanah di kawasan Taman Nasional Gunung Bromo Tengger Semeru masih belum padam.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada 1 September lalu pada pukul 9 malam waktu tempatan di bahagian sava Kaldera Tenggera yang merupakan lokasi destinasi pelancongan terkenal.

“Sudah masuk hari keenam, kebakaran hutan yang berlaku di Gunung Bromo masih belum dapat dipadamkan dan pihak berkuasa situasi itu dapat dikawal dalam masa terdekat,” kata Abdul Muhari.

Selain Bromo, kebakaran hutan juga berlaku di beberapa gunung lain seperti Gunung Sumbing, Arjuni dan Ciremai.

Jelas Abdul Muhari, punca utama kebakaran hutan yang berlaku di semua gunung berkenaan disebabkan oleh perbuatan manusia.

“Memang tahun ini fenomena El Nino berlaku lebih lama dan keadaan itu secara tidak langsung memburukkan lagi kebakaran yang berlaku.

“Namun, kami boleh pastikan bahawa insiden itu disebabkan oleh 99 peratus perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Keadaan kering angin panas dari kemarau itu memarakkan kebakaran dan bukannya menjadi punca,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha pemadaman giat dijalankan pasukan bomba, namun berdepan kesukaran apabila gunung tersebut mempunyai bentuk muka bumi yang sukar diakses jentera bomba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya